Siapakah Dajjal?
Dajjal ialah seorang pemuda yang berambut kerinting dan buta sebelah matanya. Ia berbangsa yahudi dan mempunyai pengikut sebanyak 70,000 ribu orang yang terdiri daripada kalangan bangsa yahudi.
Tempat Munculnya Dajjal?
Ia akan muncul disuatu kawasan diantara Syam (Syria) dan Iraq dan akan melakukan kerosakan dan kemusnahan disetiap kawasan yang dilawatinya.
Dajjal Mendakwa Dirinya Menjadi Tuhan.
Dajjal akan mendakwa dirinya tuhan dan menunjukkan kekuasaannya seperti menghidupkan orang yang sudah mati setelah dipotong badannya menjadi dua. Dajjal juga menjadikan kawasan-kawasan orang yang menerima dakwaannya sebagai tuhan menjadi mewah dan makmur manakala-kawasan kawasan orang yang tidak menerima dakwaannya musnah. Akan tetapi orang yang kuat imannya tetap berkata:" Kamulah Dajjal".
Makanan Orang Islam Ketika Kemunculan Dajjal Al-Masih.
Rasulullah s.a.w. bersabda:" Makanan orang Mukmin pada zaman kemunculan Dajjal adalah makanan para malaikat iaitu memuliakan dan mensucikan Allah. Barangsiapa di zaman itu memuliakan dan mensucikan Allah, maka baginya, Allah akan menghilangkan kelaparan".
Berapa Lamakah Dajjal Al-Masih Akan Berleluasa?
Ianya diterangkan di dalam sebuah hadith. Para sahabat bertanya: “Ya Rasulullah, berapa lama ia (dajjal) akab bermaharajalela dibumi? Baginda menjawab: “Empat puluh hari. Hari yang pertama panjangnya seperti setahun. Hari yang kedua panjangnya seperti sebulan. Hari yang ke tiga panjangnya seperti seminggu, manakala hari-hari yang lain seperti hari-hari kamu yang biasa.” Para sahabat bertanya lagi: “Ya Rasulullah, satu hari sama seperti satu tahun, adakah sembahyang sehari semalam sudah memadai?” Baginda bersabda: “Tidak, tetapi kirakanlah masa untuk mengerjakan sembahyang itu mengikut kadar masa yang biasa kamu lakukan.”
Gelaran Al-Masih
Gelaran Al-Masih bermaksud banyak berjalan. Gelaran ini diberikan kepada Dajjal kerana ia banyak berjalan dan melakukan kerosakan dan kemusnahan di muka bumi. Dajjal dan pengikut-pengikutnya tidak dapat memasuki di dua bandar suci iaitu Madinah dan Makkah kerana bandar ini sentiasa dikawal oleh para malaikat. Pada ketika itu akan berlaku gempa bumi yang kuat di situ dan orang munafik akan keluar dari dua bandar suci berkenaan lalu menjadi mangsa Dajjal Al-Masih.
Siapakah Yang Membunuh Dajjal Al-Masih?
Allah akan menurunkan Nabi Isa a.s. di sebuah menara putih di Damsyik (Syria). Nabi Isa a.s. akan membunuh Dajjal Al-Masih dan melaksanakan syariat Nabi Muhammad s.a.w. di muka bumi ini.
article from: kh. najmy
2 ulasan
BADAR SAMNI
28 April 2011 at 03:27
Syukran najmy atas perkongsian artikel Dajjal Al-Masih.... di portal BADAR SAMNI. perkongsian anda amat kami hargai...
Manmanan
16 May 2011 at 17:47
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Salam untuk saudara yang dikasihi,
Gelaran Al Masih itu adalah merupakan suatu pengkhususan untuk Nabi Isa a.s sementara maksud Dajjal itu pula adalah penipu. Ini membawa maksud bahawa Al Masih Dajjal itu sebenarnya adalah seorang manusia yang akan mengaku bahawa dia adalah Nabi Allah Isa a.s
Penipu ini akan menguasai hampir keseluruhan bumi (kerana kebanyakan manusia akan mempercayainya) disebabkan oleh kemampuannya menunjukkan bukti kenabiannya terutama segala mukjizat yang pernah diceritakan sebagai mukjizat Nabi Isa a.s
Bagaimanakah kita dapat mengetahui bahawa manusia itu adalah Nabi Isa yang palsu?
Semuga Allah melindungi seluruh umat Islam dari fitnah terbesar ini. Amin.
Salam dari saya
Manmanan
- manmanan.blogspot.com